Saturday, 29 September 2012

Kehidupan seorang hamba ^_^

Assalamualaikum..
Setiap kehidupan yang kita lalui  telah diatur cantik dan kemas oleh Allah s.w.t ~
jadi kita sebagai khalifah yang telah ditempatkan dibumi yang maha luas ini hendaklah bersyukur dengan apa yang telah kita kecapi..
Sesebuah kehidupan yang kita tempuhi tidak semuanya sentiasa gembira dan bahagia, adakalanya kita pasti akan dilanda masalah walaupun sekelumit..tetapi ia tetap dianggap masalah~
Qleh itu, kita sebahagian hamba Allah hendaklah sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini..Disamping itu, kita perlulah sentiasa mendekatkan diri kepada pencipta kita(ALLAH) tika susah dan senang..malangnya manusia masa kini alpa mengenainya~
Mereka akan menyedari kewujudan yang maha esa apabila mereka dipukul oleh masalah sahaja..
Marilah kita sama-sama renungkan dan memuhasabah diri "apa sebabnya kita diwujudkan didunia yang fana ini?" masih belum terlambat untuk kita menyedari dan memperbaiki diri..